Allahumma shalli ‘ala sayyidina Muhammadin qamaril wujuudi fii hadzaal yawmi wa fii kulli yawmi wa fii yaumil maw’uudi sirran wa jahran fid dunyaa wal ukhra wa ‘ala aalihii wa shahbihii wa sallim
Showing posts with label amos as. Show all posts
Showing posts with label amos as. Show all posts

Saturday, August 25, 2018

Kisah Nabi Amos AS

Kisah Nabi Amos AS
Nabi Amos A.S. adalah seorang Nabi yang berasal dari Tekoa iaitu di sebelah tenggara Baitulaham. Di dalam Alkitab, kitab Amos ditulis oleh Nabi Amos A.S. Beliau juga adalah Nabi yang pertama dalam Alkitab yang pesannya dicatat secara terperinci. Beliau berasal dari sebuah kota di Yehuda, tetapi ia berkhutbah kepada orang-orang Israel di kerajaan utara sekitar pertengahan abad ke-8 SM.

Pada masa itu banyak orang hidup makmur, ibadah dipentingkan dan negeri Israel nampaknya damai. Tapi Amos melihat bahawa yang mengecap kemakmuran hanyalah para hartawan yang memperkayakan diri dengan hasil penindasan dan ketidakadilan terhadap orang miskin. Orang menjalankan ibadah dengan hati yang tidak ikhlas dan keadaan damai hanya tampak dari luar. Dengan berani dan penuh semangat, Amos menyampaikan pesan bahawa Tuhan akan menghukum bangsa Israel. Amos menyeru agar keadilan "mengalir seperti air". Beliau berkata, "Mungkin Tuhan akan mengasihani orang-orang yang ditindas dari bangsa Israel".

Begitulah sedikit kisah mengenai Nabi Amos A.S. yang lantang menentang ketidakadilan yang berlaku dalam masyarakat.

Sumber :

http://ilmuilmuku.blogspot.com/2012/10/inilah-kisah-nabi-amos-as.