Allahumma shalli ‘ala sayyidina Muhammadin qamaril wujuudi fii hadzaal yawmi wa fii kulli yawmi wa fii yaumil maw’uudi sirran wa jahran fid dunyaa wal ukhra wa ‘ala aalihii wa shahbihii wa sallim

Saturday, August 25, 2018

Kisah Nabi Hagai AS

Kisah Nabi Hagai AS
Hagai (bahasa Ibrani: חַגַּי, Ḥaggai atau "Hag-i") adalah salah seorang dari dua belas nabi-nabi kecil dan penulis Kitab Hagai. Beliau adalah nabi pertama dari tiga nabi (bersama Nabi Zakaria yang hidup sezaman dengannya dan Malakhi yang hidup sekitar seratus tahun kemudian) yang hidup pada zaman sejarah Yahudi yang bermula setelah kepulangan mereka dari pembuangan di Babylon.



Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan peribadinya. Beliau mungkin adalah salah seorang daripada mereka yang dibuang ke Babel oleh Nebuchadnezar. Beliau memulakan tugas kenabiannya sekitar 16 tahun setelah kepulangan kembali orang Yahudi ke Yehuda. Usaha pembangunan kembali Bait Suci telah dihentikan kerana gangguan-gangguan orang Samaria. Setelah ditunda selama 15 tahun, pekerjaan itu dilanjutkan kembali melalui usaha Hagai dan Zakaria (Ezra 6:14). Mereka mengimbau rakyat dan membangkitkan mereka daripada kemalasan dan mendorong mereka untuk memanfaatkan perubahan dalam kebijaksanaan yang diambil oleh pemerintah Parsi di bawah Darius I dari Parsi.
Sumber :
http://ilmuilmuku.blogspot.com/2012/10/inilah-kisah-nabi-hagai-as.

No comments:

Post a Comment